Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi
mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa
menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan
pembakaran terbuka di kawasan kejiranan. Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua
tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.
Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di
Taman Intan Sungai Petani Kedah pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila
beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di
taman permainan awam berhampiran.
Apabila saya mula memberitahu wanita itu untuk tidak membakar secara
terbuka, wanita itu berkata dia tidak peduli malah sekiranya dia
melakukannya di hadapan rumah saya. Dan saya mula mengambil beberapa gambar menggunakan telefon mudah
alih saya, dia kemudiannya memukul lengan kanan saya dan kemudian lengan
kiri,” katanya pada sidang media di rumahnya, Rabu.
Ong berkata, seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu memberitahu
bahawa dia pada awalnya mengesan wanita berkenaan mula membakar pada
pukul 5 petang. Katanya, beliau telah membuat laporan polis pada malam yang sama di Balai Polis Sungai Petani. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin
mengesahkan laporan itu dan pihak polis akan menyiasat perkara tersebut. mstar
-- Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus
-- Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
-- (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
No comments:
Post a Comment