Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar
pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya
untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah
mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai
tidak sopan.
"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh
jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk
berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang
sesuai untuk ke gim. "Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit
di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej
meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu
baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China
mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman
sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari. "Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang. "Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu
kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain
pula nampak lain," jelasnya. mstar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
No comments:
Post a Comment