Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas
mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan
seni. Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk
melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang
selepas menerima ugutan.
“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin. Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan
Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan
pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.
Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk
menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika
mereka dalam kenderaan. “Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang
selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya.
Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya,” ujarnya
Ujar Ffarrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah
berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon
selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa. “Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi
saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti
kehendaknya. “Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak
termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini
sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.
Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju
itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap
kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain. "Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan
cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan
mudah memberi apa yang diinginkan,” katanya. mstar
-- Rozita Che Wan Menangis Di Masterchef Tertekan Kutukan Di Facebook (Gambar)
-- Sebenarnya Saya Isteri Dia Izzue Islam Dan Tiz Zaqyah Sinopsis
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
No comments:
Post a Comment