ad ld

Pages

Showing posts with label kes khalwat norman hakim memey suhaiza. Show all posts
Showing posts with label kes khalwat norman hakim memey suhaiza. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Waran Tangkap Terhadap Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Wednesday, January 19, 2011

Norman Hakim: Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah

Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.


Wednesday, January 5, 2011

(Gambar) Abby Panggil Memey Perempuan Gatal - Jwb Phone Norman

Abby - Norman - Memey kembali hangat..huhu.. Panas beb panas... Lu pikir la sendri..kui3..

Sumber: SINI.

Saturday, September 25, 2010

Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Slps Dicekup

KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama. Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu. “Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan. “Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.

Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan. Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan. Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).

Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran. Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah. Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum. Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran. “Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.

Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut. “Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat. “Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya. Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008. Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - mstar

Monday, September 20, 2010

Panas: Abby Abadi Dedah Norman Mahu Rujuk Semula

Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby. Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak". "Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini,".

Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang. Walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan. Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.

“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya. Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan. Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak. - mstar

Tuesday, September 14, 2010

Norman Hakim Dan Memey Akhirnya Bertunang

Kota Tinggi 13 Sept – Spekulasi hubungan cinta pelakon Norman Hakim, 34, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, berakhir apabila mereka mengikat tali pertunangan pada satu majlis sederhana di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam.

Rombongan meminang Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, diketuai bapa saudaranya, mejar (B) Ismail Kamat yang tiba bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. - kosmo

Friday, September 3, 2010

Norman Hakim, Memey Bertunang Hari Raya Ke-4

Meskipun tarikh pernikahan mereka pernah ditunda sekali sebelum ini, tetapi nampaknya kedua-duanya bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hari bahagia mereka, bermula dengan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan pada Hari Raya ke-4 di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.




"Semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan."


Perbincangan, menurut Memey, telah diadakan minggu lepas diantara Norman dan keluarganya. Katanya, bukan keputusannya untuk bertunang kerana merasakan Norman dan dirinya sudah mengenali hati budi masing-masing. Tetapi ia adalah kehendak Norman yang ingin buah hatinya melalui pengalaman di risik, bertunang dan bernikah. Dedah Memey, majlis pernikahan akan diadakan pada awal tahun depan. - Gua