ad ld

Pages

Showing posts with label gambar norman hakim dan memey suhaiza bertunang. Show all posts
Showing posts with label gambar norman hakim dan memey suhaiza bertunang. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Slps Dicekup

KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama. Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu. “Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan. “Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.

Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan. Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan. Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).

Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran. Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah. Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum. Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran. “Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.

Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut. “Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat. “Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya. Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008. Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - mstar

Wednesday, September 15, 2010

Bayar Dulu Duit Hantaran Kahwin Saya RM11,111.11 - Kata Abby Pada Norman

Sepatutnya Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat yg lalu.

Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.

Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami. - hmetro

Tuesday, September 14, 2010

Norman Hakim Dan Memey Akhirnya Bertunang

Kota Tinggi 13 Sept – Spekulasi hubungan cinta pelakon Norman Hakim, 34, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, berakhir apabila mereka mengikat tali pertunangan pada satu majlis sederhana di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam.

Rombongan meminang Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, diketuai bapa saudaranya, mejar (B) Ismail Kamat yang tiba bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. - kosmo