ad ld

Pages

Sunday, April 10, 2011

(Gambar) Kemalangan Satria Dihempap Lori Di Km 40 Jln KL-Ipoh, 3 Beranak Maut

Semlm tgk tv ada kuar pasal ni. Ngeri tgk bomba usung mayat kuar dri kereta Satria yg remuk dihempap lori tu. Mangsa 3 beranak tu dlm perjalanan dri kg, ambik anak yg diletakkan dgn jagaan ibu krn si isteri berkursus. Al Fatihah utk arwah.

- Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam. Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter. Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara. Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit. "Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya. kosmo

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Som Tam Terbaik Di Sungai Petani
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

No comments: