Anakanda perempuan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
berkahwin dengan Pengiran Muhammad Ruziani kelmarin di Istana Nurul Iman
yang mempunyai 1,700 bilik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32,
berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada Rabu
lalu.
Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha. Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran
perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam. Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.
Baginda pernah bercerai dengan Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas pengacara stesen televisyen TV3. kosmo
No comments:
Post a Comment