ad ld

Pages

Showing posts with label hanez suraya rampas suami orang. Show all posts
Showing posts with label hanez suraya rampas suami orang. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)

Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.


"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. "Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.