ad ld

Pages

Showing posts with label mizz nina isteri noh hujan. Show all posts
Showing posts with label mizz nina isteri noh hujan. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi (Gambar)

Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.


"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Tuesday, October 29, 2013

Mizz Nina Bertudung Selepas Menunaikan Haji (Gambar)

Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29. Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.


"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. "Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya. Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. "Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe. Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. mstar

-- Persandingan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah (Gambar)
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)