Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat
demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan
langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.
"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej
semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap
Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini.
Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan
sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan,"
katanya.
Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah
membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan
bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang
dilakukan itu.
Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz
Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program
kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi. "Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya. "Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut
dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik
kanak-kanak," ujarnya.
Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan
pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan
hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan
iaitu Madeena. "Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih
teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor. "Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan
pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya
dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal,"
tuturnya. mstar
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Aishah Azizul Sweden (Gambar)
-- Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
1 comment:
zaman dah berubah.. manusia pun boleh berubah.. semua itu atas kehendak masing2... harap mizz nina terus sukses..
Post a Comment