ad ld

Pages

Tuesday, March 18, 2014

Enam Mati Overdose Dadah Di Stadium Bukit Jalil Selepas 10 Minit (Gambar)

Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu. Mereka yang maut ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 21, Victor Wong E. Hern, 25, Sabreena Kamarudin, 21, M. Suresh, 27, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 26.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah. Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tertentu.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine," katanya. Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital.

Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir Ahad. Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM pada Ahad. Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.

"Mereka yang ditahan kerana memiliki ecstacy iaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia dan India," katanya. Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendapati dadah baharu terhasil setiap dua minggu. mstar

--  Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: