ad ld

Pages

Friday, March 7, 2014

Romie Kekasih Hanez Suraya, Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata Mata (Gambar)

Teman lelaki kepada Hanez Suraya iaitu Romie Razin Adilha yang turut hadir di dalam sidang media tergempar pelakon drama wanita itu memberitahu segala kenyataan yang dikeluarkan isterinya kepada pihak media adalah fitnah semata-mata.


"Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana saya mengenali Hanez selepas rumahtangga saya bergolak. "Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013. "Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi," jelasnya.

 Sidang media tergempar Hanez Suraya yang diadakan di Hotel One World, itu diadakan kepada pihak media bagi menjelaskan tuduhan isteri Romie Razin Adilha iaitu Nurliyana Manan bahawa dia adalah punca berlaku keretakan di dalam rumahtangga mereka. Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya tidak keseorangan sebaliknya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Pelakon drama Autumn Di Hatiku itu telah  mendakwa Nurliyana telah memfitnahnya, Hanez turut menuntut permohonan maaf daripada wanita berkenaan kerana telah memalukan serta menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak. Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu. murai.com

--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang Cubaan Bunuh Diri (Gambar)
--  Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)
--  Syamsul Demam Denggi Dalam Keadaaan Tidak Konsisten, Mungkin Tunda Nikah Puteri Sarah
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

No comments: