ad ld

Pages

Showing posts with label gambar keluarga kapten zaharie. Show all posts
Showing posts with label gambar keluarga kapten zaharie. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Anak Perempuan Kapten Zaharie Aishah Di Australia Balik Malaysia

Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.



Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu. Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web itu berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya". Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur. mstar


--   Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
--   Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, March 17, 2014

Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.



Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang. Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan. Polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media hari ini.

"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok. "Diharap media boleh menunggu," katanya. sinarharian

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
-- Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
-- Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)