ad ld

Pages

Showing posts with label suami wardina. Show all posts
Showing posts with label suami wardina. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga

Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah memulakan hidup baharu bersama keluarganya. Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan.


"Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas. "Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama 'Good Nite', di Hotel Westin, Isnin.