Pelakon Hanez Suraya menjelaskan lelaki bersamanya di dalam gambar 
ketika bercuti di sebuah pulau merupakan kawan lelaki yang paling rapat 
dengannya ketika ini. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, 
hubungan mereka masih baru dan kedua-duanya dalam proses untuk mengenali
 hati budi masing-masing.
"Ya, buat masa ini dia adalah lelaki paling rapat dengan saya, namun masih terlalu awal untuk mengatakan kami bercinta. "Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan kami masih mengenali hati 
budi, kalau betul saya bercinta, saya akan beritahu secara umum di laman
 sosial," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar 
mesranya dipeluk   seorang lelaki yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Jelasnya, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah program sukan di Pulau Tioman, Pahang. "Saya ada penggambaran program Sukan Ekstrem terbitan RTM di Pulau Tioman dan dia datang untuk berjumpa saya. "Saya tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar kerana bukan saya
 yang muat naik di laman sosial, tapi saya percaya orang-orang terdekat 
yang turut sama berada di sana yang melakukannya," kata Hanez.
Sementara itu, bercakap tentang lelaki itu, Hanez berkata pemuda itu seorang yang menyenangkan, bertanggungjawab dan romantik. "Bagi saya dia seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Mahu 
cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana hubungan ni masih baru lagi, saya
 takut bulan depan sudah tiada apa-apa," katanya. Tambah Hanez, dia memerlukan masa untuk mengenali lelaki 
berkenaandengan lebih mendalam sebelum menerimanya sebagai kekasih 
selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terputus. mstar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Romie Kekasih Hanez Suraya, Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata Mata (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments:
Post a Comment