Pasukan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua Pestabola Merdeka 
apabila menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Isnin. Kemenangan ini secara rasminya melayakkan skuad bimbingan Ong Kim 
Swee ini ke final selepas mengumpul enam mata daripada dua perlawanan 
biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Thailand Rabu ini.
Kedua- dua pasukan mula mengatur serangan sejak awal permainan 
dimulakan apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya 
membolosi benteng pertahanan lawan pada minit kedua permainan, namun 
cubaan itu gagal tepat ke pintu gol. Namun penyerang kelahiran Pahang itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-12 kerana menerjah pemain Myanmar.
Pada minit ke-20, Md Fadhli Shas gagal menyempurnakan bola muntah 
hasil sepakan percuma oleh Wan Zack Haikal yang terkena palang. Selepas bertungkus-lumus cuba menyerang kubu pertahanan, pasukan 
Myanmar memecah kebuntuan dengan gol pertama perlawanan apabila bola 
yang ditepis penjaga gol negara, Mohd Firdaus Muhammad hasil daripada 
cubaan pemain Myanmar, Nay Lin Tun terkena betis Mohd Zubir Mohd Azmi 
sekaligus bola memasuki gawang sendiri pada minit ke-37.
Selepas gol pertama, aksi skuad  muda negara ini sedikit goyang sebelum kembali ke rentak permainan.
Bersambung pada babak kedua, Harimau Muda tidak berputus asa mengatur
 strategi yang lebih baik dengan melakukan serangan demi serangan namun 
benteng pertahanan anak buah Park Sung Hwa itu jelas sukar ditembusi.
Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 hasil 
sepakan percuma Wan Zack Haikal sebelum Junior Eldstal menanduk ke arah 
gawang dan disempurnakan oleh kapten pasukan, Mohd Irfan Fazail. Sebelas minit selepas itu, stadium sekali lagi bergegar dengan 
sorakan lebih kurang 3,000 orang penyokong apabila sepakan percuma yang 
diambil Wan Zack Haikal tepat ke pintu gol.
Pada masa tambahan, ayam tambatan Myanmar, Kyi Lin dilayangkan kad merah gara-gara membantah keputusan pengadil. Selepas ini, skuad negara bakal mengharungi perlawanan ketiga bertemu
 Thailand bagi melengkapkan jadual perlawanan sebelum ke final. mstar
-- Nabila Huda Kemalangan Kenderaan Terbalik Di Lebuhraya Karak (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments:
Post a Comment