ad ld

Pages

Showing posts with label ammar azizul raheem. Show all posts
Showing posts with label ammar azizul raheem. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)

"Hanya bapanya yang pukul dia," keterangan daripada kawan baik kepada anak sulung lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang menjalani perbicaraan di atas dakwaan memukul anak-anak mereka. Nicolai Mikkelsen,13, merupakan kawan kepada Ammar berkata, dia mendapati kawannya itu dipukul oleh ibu bapanya apabila dia bertanyakan kepada Ammar kenapa Ammar selalu 'bad mood' dan sakit bahu.


"Kadang-kala apabila kami menyentuh bahunya, Ammar jadi marah dan memberitahu bahunya sakit. Apabila kami bertanya kenapa, Ammar berkata ia kerana dipukul ibu bapanya," kata Mikkelsen, sambil menambah dia mengetahui hal ini sejak gred enam, kira-kira dua tahun lalu.