"Hanya bapanya yang pukul dia," keterangan daripada kawan baik
kepada anak sulung lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang menjalani
perbicaraan di atas dakwaan memukul anak-anak mereka. Nicolai Mikkelsen,13, merupakan kawan kepada Ammar berkata, dia
mendapati kawannya itu dipukul oleh ibu bapanya apabila dia bertanyakan
kepada Ammar kenapa Ammar selalu 'bad mood' dan sakit bahu.
"Kadang-kala apabila kami menyentuh bahunya, Ammar jadi marah dan memberitahu bahunya sakit. Apabila kami bertanya kenapa, Ammar berkata ia kerana dipukul ibu bapanya," kata Mikkelsen, sambil menambah dia mengetahui hal ini sejak gred enam, kira-kira dua tahun lalu.