ad ld

Pages

Showing posts with label ibrahim mat zin. Show all posts
Showing posts with label ibrahim mat zin. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

Raja Bomoh Nak Tampar Khairy Jamaluddin Macam Buaya Vs Satu Malaysia Nak Tampar Raja Bomoh (Gambar)

"Satu Malaysia nak tampar dia," kata Khairy Jamaluddin berseloroh ketika ditanya mengenai kenyataan 'Raja Bomoh' yang ingin menamparnya berhubung kenyataan di Twitter baru-baru ini. Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.



"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara. "Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak layan," katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Taman Indah Sungai Jelok. Sebelum ini Ibrahim yang menggunakan gelaran 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.

Terdahulu Khairy menerusi Twitternya menyifatkan tindakan Ibrahim yang mengamalkan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sebagai karut dan khurafat. Gambar dan video ritual Raja Bomoh yang menggunakan tikar, buah kelapa dan 'tongkat sakti' di ruang legar KLIA tersebar luas di internet dan menjadi bahan ketawa masyarat dunia. Beberapa gambar parodi rakyat asing mengenai ritual tersebut turut dikongsi di laman sosial yang menyifatkan kononnya Malaysia menggunakan kaedah unik dalam mencari pesawat MH370. mstar

--  Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Thursday, March 13, 2014

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Teropong Buluh Dan Bubu Mata Pancing Di KLIA MH370 (Gambar)

Upacara ritual menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing yang dilakukan oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP kini menjadi satu trending di media sosial.


Penyebaran video upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 menzahirkan pelbagai reaksi dari golongan masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda. Semakin ramai individu yang berlumba-lumba ‘melakukan’ ritual yang sama bagi menunjukkan usaha mereka untuk menemukan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kelmarin, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar menerima ketibaan Raja Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu. Bomoh VIP yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Raja Bomoh Sedunia ini, bubu mata pancing yang digunakan merupakan simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian. Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah membuat ramalan ke atas kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang berkata, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Jakim bagaimanapu  menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan khidmat bomoh bagi mengesan pesawat MH370 yang masih hilang. sinarharian

--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana