ad ld

Pages

Showing posts with label personaliti tv3. Show all posts
Showing posts with label personaliti tv3. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)

Bekas vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar mendedahkan hubungan tersebut telah pun berakhir. Menurut laporan Kapan Lagi, keputusan itu diambil kerana tidak lagi mempunyai persefahaman selain perbezaan agama di antara mereka.


"Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama," katanya kepada media Indonesia ketika ditemui Jumaat lalu. Sammy menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kariernya dan tidak mahu meletak sebarang harapan terhadap hubungan cinta.

Saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta," katanya. Ditanya mengenai calon isteri yang sesuai, Sammy berkata, dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana lebih mudah. "Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya," katanya. mstar

--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)
--  (Gambar) Seks RM10 Pelajar Sekolah 17 Tahun
--  Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya 

Thursday, February 10, 2011

(Gambar) Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai

Kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib meneruskan kehidupan sebagai suami isteri menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, memilih untuk menasihatkan lelaki itu supaya melepaskan ikatan perkahwinan tersebut.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad berkata demikian dalam prosiding sebutan yang diadakan untuk mengetahui perkembangan jawatankuasa terbabit yang dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ghazali berkata, beliau akan menasihatkan Mohamad Yusof, 49, untuk melafazkan talak terhadap Zakiah secara baik dengan persetujuan bersama iaitu mengikut peruntukkan Seksyen 47(14) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada Rabu, memandangkan Mohamad Yusof yang pernah bekerja dalam industri media tidak menghadiri prosiding mahkamah. Ketidakhadiran itu membawa padah selepas Ghazali membenarkan permohonan peguam syarie Zakiah, Abdullah Anuar Sahri agar satu waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki tersebut.

Ghazali seterusnya menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mac depan untuk Mohamad Yusof hadir ke mahkamah. Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan, 999, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada Januari 2010, selepas menarik semula permohonan untuk bercerai secara taklik yang difailkan di Mahkamah Syariah Shah Alam, dekat sini pada 1 September 2009.

Ekoran permohonan tersebut, mahkamah memerintahkan pembentukan jawatankuasa pendamai dilakukan dan Zakiah diwakili oleh anak saudaranya, Affendi Yusof manakala Mohamad Yusof diwakili sepupunya, Md Hairi Mad Salleh.

Zakiah, 44, dan Mohamad Yusof mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu da hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar,15. mstar

-- (Gambar) Tom Raja Farah My Starz LG Bw Kes Pukul Ke Mahkamah
-- (Gambar) Azwaliza Azman TV3 Kini Bergelar Isteri
-- (Gambar) Lagi Bikini Dan Anjing 
-- (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar