Pendatang baru, Neelofa Mohd Noor yang dikatakan sebagai orang ketiga punca perpisahan hubungan cinta antara pelakon Shahz Jaszle dan Maria Farida menjelaskan dihubungi aktres jelita tersebut.
Mengakui kurang senang dengan “gangguan” pelakon berkenaan, Neelofa berkata Maria Farida sering menghubunginya selepas dia pulang dari penggambaran filem Azura 2011 yang dilakukan di London dan Paris bulan lalu. picca credit to beautifulnara
“Selepas pulang dari penggambaran filem Azura 2011 bulan lalu, dia (Maria Farida) beberapa kali menghubungi saya bertanyakan hal berkaitan saya dan Shahz. “Saya sudah jelaskan perkara yang sebenar dan apa yang berlaku di sana. Mungkin dia nak tahu sama ada apa yang diceritakan oleh Shahz sama dengan cerita saya. Pada saya hubungan kami hanya kawan sahaja dan dia tidak perlu bimbang tentang perkara itu," katanya yang dihubungi mSTar Online.
Tambah Neelofa lagi, dia tidak pernah mengenali Shahz sebelum ini dan hanya bertemu kali pertama ketika penggambaran awal bulan Januari lalu. "Saya terkejut apabila khabar angin tersebar yang saya bercinta dengan Shahz padahal di sana kami tidaklah rapat. Apa yang saya sedar wajah Shahz murung sejak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lagi. "Ketika di sana dia buat hal sendiri dan nampak dia seperti ada masalah tapi ketika mula penggambaran dia boleh masuk dengan karakter Zack.
Saya pula baru sahaja putus cinta dengan kekasih dan tidak pernah terfikir untuk bercinta dalam masa singkat ini," katanya yang memegang watak Azura. Bagaimanapun, jelas Neelofa, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan gosip tatkala menerima tawaran filem cinta tersebut. "Saya sudah agak perkara ini akan terjadi, kalau bukan Shahz sekalipun ia tetap akan ada khabar angin percintaan antara pelakon lelaki dan perempuan. "Bagi saya ia sudah lumrah bagi mempromosi sesebuah filem. Saya tidak anggap ia sebagai serius," katanya.
Bercerita tentang penggambaran filem tersebut, Neelofa yang baru pertama kali berlakon mengakui teruja dengan cerita yang diadaptasi dari filem Azura lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah itu. “Ini kali pertama saya berlakon filem, sebelum ini saya hanya berlakon untuk komersial sahaja. Banyak yang perlu dipelajari lagi.
“Selain itu, pengarah abang Aziz M Osman dan Shahz sendiri banyak membantu saya untuk menghayati watak,” katanya. mstar
-- Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pelajar Rusia Di London, Rakam Dlm iPhone
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Di Rumah Terbuka Aidilfitri KRU Studios
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!