Pages

Monday, February 7, 2011

Kontroversi Di Sebalik Ahmad Dhani Sbg Pengetua AF9

PROGRAM Akademi Fantasia (AF) tidak pernah sepi daripada kontroversi. Itulah realitinya sejak lapan musim AF bersiaran. Malah ketika AF9 pada tahun ini disahkan sebagai rancangan realiti terakhir diterbitkan Astro, kontroversi terus tercetus apabila vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, dikatakan akan menerajui program tersebut sebagai pengetua.

Walaupun pihak Astro belum membuat kenyataan rasmi siapakah yang bakal dilantik untuk memegang jawatan itu, tetapi khabar angin yang mula bertiup mengatakan individu berkenan ialah Ahmad Dhani, seorang artis Indonesia yang pernah memburuk-burukkan karya artis Malaysia suatu ketika dahulu. Lebih mengejutkan, khabar angin turut mengatakan Dhani menerima imbuhan yang banyak daripada pihak Astro melebihi pengetua-pengetua AF sebelum ini.

Tindakan Astro memilih orang luar seolah-olah mencerminkan senario industri seni kita sudah ketandusan orang yang pakar tentang dunia muzik tempatan. Walaupun pihak Astro mungkin ada sebab-sebab tersendiri, ramai yang membantah tindakan itu.

Ketika isu kegilaan stesen radio yang gemar memainkan lagu dari Indonesia diperdebatkan , polemik baru cuba dicetuskan Astro sekiranya Ahmad Dhani dilantik sebagai pengetua AF9. mstar

1 comment:

  1. ada baik dan ada buruknyer kalo Ahmad Dhani jd pengetua nie!!

    Meh singgah: 070211 Happy Besdayy!!

    ReplyDelete

Thanks For Your Sincere!!