TEKA-TEKI kontroversi penyampai radio popular, Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku berpimpin tangan dengan bekas suaminya pada Januari lalu kini terjawab apabila perkara itu diakui sendiri oleh beliau ketika ditemui baru-baru ini. Aksi intim berkenaan dilihat ketika Kak Engku bersama bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota.
Foto 2009
Tgk n3 lama kt sini -- Raja Azura - Adzmin Sah Bercerai
-- Raja Azura Berhasrat Rujuk Semula
Walaupun kedua-duanya mengenakan kaca mata hitam, kelibat penyampai radio Sinar FM dan pasangannya itu tetap dikenali ramai. Semasa diajukan pertanyaan mengenai aksi berpegangan tangan, tiba-tiba penyampai radio slot Sinar Pagi yang pada mulanya begitu riang dengan keramahannya bertukar sayu.
Sambil mengesat air mata yang mula membasah kelopak matanya, dia berterus-terang mengatakan sejak perceraiannya tahun lalu sehingga saat ini, Kak Engku dan bekas suami masih berpura-pura mesra di hadapan anak-anak. Tambah pilu apabila tidak seorangpun daripada ketiga-tiga anaknya mengetahui perpisahannya dengan bekas suami disebabkan mereka terlalu kecil.
“Saya perlu berlakon dan ketepikan ego di depan anak-anak kerana itu janji saya bersama bekas suami setelah berpisah secara baik. “Sampaikan televisyen dan surat khabar mengenai kisah perceraian kami pun tidak didedahkan kepada anak-anak disebabkan mereka terlalu cerdik bertanya pelbagai soalan,” katanya yang mengaku sudah terbiasa hidup solo sekarang. kosmo
-- Kontroversi Di Sebalik Ahmad Dhani Sbg Pengetua AF9
-- (Gambar) Banglo Khairul Fahmi Hadiah Kerajaan Kelantan Siap Jun Ini
-- (Gambar) Cium Mulut Pengacara 8TV Julie Voon
-- (Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Datuk Zakaria
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!