Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham. Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit.
Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok. Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11.
Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada pada kedudukan terbaik untuk merampas kembali kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir sebentar tadi selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir.
Pasangan No. 5 dunia dipaksa berhempas pulas sebelum menang 21-11, 23-21 untuk menempah pertemuan akhir dengan beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran esok. utusan
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!