Kota Kinabalu: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam.
Seri Paduka yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.
"Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.
"Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum," katanya selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda di sini. kosmo
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Cek Nuffnang Dh Sampai.. Jom Gi Bank In Lah..
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!