Gila. Agak2 la kalo nk menipu pun, ini telur ayam yg org ramai makan hari2 pn ada tiruan gak. Telur kan sgt sinonim dlm masakan lbh2 lg dgn masyarakat Melayu. Makan pagi dgn menu nasi lemak, roti telur, kuih muih, menu tghari plak nasi ayam telur mata ke, tomyam telur dadar ke, malam plak char kuey teow, nasi goreng pattaya la, nasi goreng USA n many more lah. Senang kata byk makanan yg dicampur dgn telur kan. Sila ambil perhatian utk kesihatan bersama k.
- Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. kosmo
-- Cek Nuffnang Datang Lagi, I Like Sgt2
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf
pehhh mcm2 kan
ReplyDelete