Pages

Sunday, May 1, 2011

Keputusan Liga Super 30.4.11, Kelantan Menang 2-0 K Lumpur

Kelantan kembali ke persada Liga Super dgn kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Kota Bharu. Jumlah pungutan mata sama dgn Selangor 33 mata tapi Kelantan miliki kelebihan jaringan gol 21-7.

Gol pertama The Red Warriors dijaringkan ketua pasukan Piya pd minit ke 24'. Chanturu hasilkan gol kedua utk Kelantan pd minit ke 79'.

Tahniah The Red Warriors. Go More Kelate Go More!!!!!

- Kelantan berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super 2011 daripada Selangor selepas membenam Kuala Lumpur 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Skuad The Red Warriors itu melonjak ke tangga teratas liga setelah Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu pada aksi malam kelmarin.

Jaringan daripada Badri Radzi pada minit ke-24 dan S. Chanturu (79) sudah cukup untuk meletakkan Kelantan di persada Liga Super dengan 33 mata, terikat dengan Red Giants namun memiliki kelebihan perbezaan jaringan. Manakala Terengganu pula di tangga ketiga dengan 32 mata.

Sementara itu, Felda United pula mempamer kebangkitan luar biasa apabila berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi biarpun ketinggalan 0-2 sehingga awal babak kedua.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah diikat seri tanpa jaringan oleh Pahang. Di Stadium Utama Negeri, Kangar pula menyaksikan Perlis tumpas 1-2 kepada Harimau Muda A. Di Stadium JCorp, tuan rumah, Johor FC berjaya menewaskan Sabah 1-0 selepas pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 orang. kosmo

-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- (Gambar) Pernikahan Norshahrul Idlan Talaha, Dpt Offer Beraksi Utk 2 Kelab Indonesia

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!