Syarikat produksi drama popular Zeel Production tidak mengambil kesempatan terhadap kontroversi cinta Zain Saidin dengan aktres Rozita Che Wan apabila menggandingkan pelakon tersebut untuk drama bersiri Annissa.
Penerbitnya Fadziln Teh berkata, tawaran yang diberi kepada pelakon tersebut atas dasar hubungan baiknya selain mereka juga memiliki bakat lakonan yang bagus. Ia tiada kaitan langsung untuk mengambil kesempatan terhadap kontroversi mereka.
"Sejak penggambaran drama Kiah Pekasam, kami dah jadi geng. Tidak timbul isu mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi antara Rozita dan Zain bagi meraih populariti penonton supaya menyaksikan Annissa. "Setakat ini saya lihat mereka begitu profesional dalam kerja. Tapi jika rating Annissa tinggi kerana ada kaitan dengan kontroversi tersebut, itu adalah satu kebetulan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Kontroversi cinta Rozita bukan sahaja dikaitkan dengan Zain malah turut melibatkan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir. Tambah Fadzil, dia turut menggandingkan Rozita dengan Shahir dalam sebuah drama Cer Citer Cinta yang akan ditayangkan di Astro Prima pada 7 Jun depan. Katanya pada masa akan datang, pihak produksinya akan cuba menggandingkan pula ketiga-tiga artis berkenaan dalam sebuah telefilem.
Sementara itu, drama Annissa akan disiarkan sebanyak 26 episod setiap hari Selasa sehingga Khamis menerusi slot Samarinda di TV3 pukul 10.30 malam. Siri pertama rancangan itu menemui penonton pada Selasa (malam ini). Diarahkan oleh Amy Maziah dan skrip oleh Sharifah Abu Salem, Annissa mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama dalam dunia fesyen dan memulakan perniagaan bersama, Annissa Corporation. Namun, kehidupan peribadi mereka mula tercalar apabila Anna mengesyaki suaminya, Farid telah berkahwin lain. Walaupun Farid menafikannya Anna cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut. mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!