Pages

Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik 20 sen Mulai Hari Ni 10.5.11

Harga gula naik 20sen mulai hr ni beb. Patut la semlm mcm pelik je ramai yg pakat beli gula, rupanya ada kenaikan baru. Tgk dari sisi baik, kurangkan pengambilan gula seharian anda.

- Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). kosmo

-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS 
-- (Gambar) Mayat Ketua Jurulatih PLKN Maut Kemalangan di Km 6 Jln Lama Papar - Kota Kinabalu Sabah
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- Mayat Bayi Ditemui Dibuang Dalam Tong Sampah Hospital Melaka

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!