Kegembiraan empat sekeluarga menikmati percutian di pantai Batu Feringghi dekat sini menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak cedera parah dirempuh seekor kuda yang ditunggangi lelaki tempatan semalam. Ketika kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa Arina Kirana Azrin, 5, sedang bermain pasir di pantai bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di hadapan Hotel Parkroyal yang didiami keluarga mereka di sini.
Tanpa disedari, mangsa tiba-tiba dirempuh seekor kuda yang ditunggangi seorang lelaki menyebabkan kanak-kanak itu melambung dan berpusing beberapa kali sebelum dia terjatuh tidak jauh dari lokasi tempat dia bermain. Akibat kejadian itu, mangsa yang datang dari Putrajaya pada Isnin lalu mengalami patah tulang selangka kiri dan terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Semasa kejadian, didakwa tiada seorang pengusaha atau penjaga kegiatan pantai mengawal kuda yang dinaiki lelaki tempatan itu. Selepas kejadian itu, penunggang kuda terbabit menghilangkan diri.
Bagaimanapun, dikatakan terdapat dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berada di lokasi kejadian namun tiada bantuan diberikan kepada mangsa mahupun tindakan diambil ke atas penunggang kuda terbabit. kosmo
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
-- (Gambar) Batu Nisan 20 Kubur Lama 'Hidup' Di Kg Batu Melintang
-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- Saya Terkejut, Keliru: Rita Rudaini
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!