Pages

Tuesday, June 7, 2011

(Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios

Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang. Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.


"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula. "Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, Isnin.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu. Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh. Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu,

"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami. "Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.

Bagaimanapun, tegas Lisa, perhubungannya dengan Yusry tidak ada kaitan untuk dia mendapat ruang bagi membintangi mana-mana filem terbitan produksi KRU. mstar

-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

2 comments:

Thanks For Your Sincere!!