Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan  menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu   hubungan yang lebih matang. Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka  sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu  seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.
"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan  usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan  yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih  pula. "Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan  dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata  Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di  studio KRU, Isnin.
Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering  berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang  lalu. Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan  Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan  umur mereka yang agak jauh. Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu,
"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang  dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula  tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di  antara kami. "Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan  lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak  luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam  filem terbitan KRU berjudul Ular.
Bagaimanapun, tegas Lisa, perhubungannya dengan Yusry tidak ada  kaitan untuk dia mendapat ruang bagi membintangi mana-mana filem  terbitan produksi KRU. mstar
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 
 

kita tunggu nanti citer seterusnya mereka berdua
ReplyDeleteSALAM PERSAHABATAN.
ReplyDeletefrom: adando.blogspot.com