Pages

Sunday, June 26, 2011

Wow 12 Ribu Tempah Myvi Dlm Seminggu

Walaupun baru seminggu dilancarkan, Myvi generasi baharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sejumlah 12,000 unit sudah ditempah di seluruh negara.

Ini bermakna Perodua secara purata menerima tempahan lebih 1,700 unit Myvi setiap hari.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pada masa ini, model standard adalah yang paling laris dengan menguasai 49 peratus daripada keseluruhan tempahan.

“Sebanyak 90 peratus tempahan adalah untuk model transmisi automatik manakala warna pilihan utama ialah putih mutiara atau putih gading iaitu sebanyak 30 peratus,’’ katanya. kosmo

-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini
-- (Gambar) Motosikal Elektrik Modenas CTric
-- Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!