Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tidak lama lagi. Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Nurhaliza berkata, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih sepuluh tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan. “Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan jika semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Di UiTM kursus muzik ditawarkan pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di bawah Fakulti Muzik. Pada peringkat diploma, kursus itu akan mengambil masa selama dua tahun setengah manakala tiga tahun untuk peringkat ijazah sarjana muda.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan. Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya. kosmo
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!