Pasukan pilihan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi. Juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan menang mudah 2-0 terhadap Sarawak pada saingan kumpulan C yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
Rentak perlawanan pada babak pertama seimbang apabila kedua-dua pasukan mengawal kebocoran barisan petahanan masing-masing. Namun pada separuh masa kedua, Norshahrul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan ”The Red Warriors” dengan gol sulung pada minit ke-64 dan diikuti gol kedua melalui S.Chanturu pada minit ke-79.
Dalam saingan kumpulan B pula, Juara Piala FA musim lepas, Terengganu menepati ramalan apabila menumpaskan pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Skuad Penyu memperoleh gol pertama sewal minit ke-6 hasil jaringan Joseph Kalang Tie dan diikuti Reeshafiq Alwi pada minit ke-33.
Turut mengutip tiga mata penuh pada saingan kumpulan B naib juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan yang menewaskan Selangor PKNS 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.
Dalam perlawanan kumpulan D, Selangor yang memburu misi ke-33 mengejar Piala Malaysia kurang bernasib baik apabila tumpas 0-1 kepada pasukan tuan rumah T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Jaringan tunggal itu disumbangkan oleh Nor Fazly Alias pada minit ke-72 hasil hantaran Indra Putra Mahyuddin membolehkan pasukan tuan rumah memperoleh tiga mata penuh.
Sementara itu dalam perlawanan kumpulan A, Mohd Khairil Mohaimin menjadi wira Kedah apabila menjaringkan dua gol seawal minit ke-7 dan 80 untuk menewaskan Johor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin. Sabah dan Perak pula terikat seri tanpa jaringan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. utusan
-- Keluarga Allahyarham Noramfaizul Dapat Pampasan RM200,000
-- (Gambar) Kris Dayanti Dan Raul Dpt Anak Perempuan
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!