Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.
Perhimpunan raksasa yang buat pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dengan kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya berkata, ia merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik dan kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.
“Kami yang mewakili hampir 1,000 NGO daripada pelbagai latar belakang akan bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat bagi merakamkan rasa terharu kami di atas ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini,” ujarnya. kosmo
- (Gambar) Banglo 18 Bilik Ummu Jah Di Haramain Mekah
- Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak
- (Gambar) Lembaga Wanita Rambut Panjang, Kanak2 Cetus Histeria Di Sek Men Anjung Batu Mersing
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!