Pages

Saturday, October 15, 2011

Nurul Nursyawaltie Hilang Ditemui Di Pulau Pinang

Tidak sampai 48 jam kehilangannya dihebahkan media, seorang pelajar perempuan, Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, akhirnya ditemui bersama seorang rakan perempuannya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.

Ibu pelajar tersebut, Norhafiza Nordin, 37, berkata, ketika ditemui pukul 9 malam tadi, anak dan rakannya yang dikenali sebagai Amira itu sedang merayau-rayau berhampiran Masjid Sungai Batu di kawasan berkenaan.

Kata Norhafiza, dia dan suami, Mohd. Sabri Samat, 35, adiknya dan seorang rakan dibantu anggota polis dari Pulau Pinang berusaha mencari anaknya itu setelah mendapat maklumat daripada seorang rakan lelaki Nurul di negeri berkenaan.

“Pada awalnya, dia memberitahu Nurul Nursyalwatie berada di rumah rakannya di Balik Pulau namun ketika kami sampai di sana kira-kira pukul 7 petang, kami diberitahu anak saya dan Amira telah keluar ke stesen bas. “Kami menemui seorang lagi rakan Nurul di Balik Pulau yang turut membantu mencari Nurul Nursyalwatie sehingga ke Teluk Kumbar dan kami bernasib baik apabila seorang peniaga mengecam gambar yang kami bawa sehingga membawa penemuan Nurul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kehilangan Nurul Nursyalwatie yang merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah Mohd. Sabri menemui basikal anaknya di sebuah kawasan perumahan berhampiran sekolahnya. Norhafiza hari ini turut bersyukur kerana kehilangan anaknya itu tiada kaitan dengan mana-mana lelaki, sebaliknya dia mengikut Amira untuk berjalan-jalan.

Walaupun terkilan kerana Nurul Nursyalwatie tidak memaklumkan pemergiannya ke negeri itu, Norhafiza bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk pihak media yang memberi liputan kehilangan anaknya sehingga dia ditemui malam tadi.

Sementara itu, Nurul Nursyalwatie ketika ditemui berkata, dia ke Pulau Pinang setelah diajak Amira untuk berjalan-jalan dan menemui rakan-rakannya namun tidak menyangka akan berada di negeri itu lebih lama.

Ketika ditanya mengapa tidak memberitahu keluarga, dia berkata telah kehabisan wang untuk menghubungi mereka. Nurul Nursyalwatie juga berkata, Amira mencadangkan mereka untuk mencari kerja di Pulau Pinang bagi mendapatkan wang. utusan

-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!