Pages

Tuesday, December 13, 2011

Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Ke KL

Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam.

Jurujual sebuah syarikat jualan langsung, N. Navindran, 25, dari Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat panggilan palsu tersebut kepada polis melalui telefon bimbitnya pada pukul 1.45 pagi, 1 Disember lalu.

Berdasarkan fakta kes, Navindran telah mendakwa kewujudan bom di sepanjang 76 kilometer laluan kereta api itu menerusi panggilan telefon kepada seorang anggota polis yang bertugas di Pejabat Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah. kosmo

-- Review JUVANA Episod Akhir 18 Julai 2011
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!