Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.
Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan.
"Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei tahun lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya," katanya.
Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka. Terdahulu menerusi siaran Propaganza di Astro Ria Ahad lalu, Awal mengumumkan secara terbuka untuk melamar Scha ketika pelakon wanita itu sedang mengendalikan rancangan tersebut sebagai pengacara jemputan.
Bagaimanapun, jelas Awal, lamaran yang dilakukan secara terbuka itu bukanlah gimik tetapi sekadar ingin menunaikan hasrat Scha yang pernah bertanya bilakah dia ingin dilamar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.
"Walaupun permintaan Scha sekadar gurauan, saya tetap mahu menunaikan permintaannya. Bagaimanapun saya harap, pihak di luar sana tidaklah menganggap saya mahu mengikut budaya barat apabila melakukan tindakan itu," ujarnya. mstar
-- Gambar Irma Hasmie Bertunang Dgn Anak Datuk
-- Rita Mahu Jawab Surat Aidil Zafuan
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!