Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang Pulau Pinang kelmarin
bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan
berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan
Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah
syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang
perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang
persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan. Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di
sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu
menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. kosmo
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
-- Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!