Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun
berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon
pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan,
berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat
pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi
Belia (PKB)selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'. Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah
koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U
Mobile dan YTL Communications. SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga
patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang
layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya
dibuka semalam. SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat
pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum
membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan
masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online
dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman
sesawangkomunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul
8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum
jika terdapat sebarang pertanyaan. mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!