Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman, 63,
meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan
jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya
Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross,
33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa
merindui Allahyarham.
"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun
pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan
seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu. Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan
jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu,
Kelantan pada Rabu.
Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab
Baharum berkata, Siti Zawiyah merupakan antara tiga mangsa yang maut
dalam kemalangan berkenaan. Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43. Abdul Manab berkata ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian
manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan
dirawat di Hospital Taiping.
"Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta
dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum
terbabas ke dalam longkang berhampiran,"katanya. mstar
-- Anna Dahlia Nyaris Maut Kemalangan Dirempuh Kereta (Gambar)
-- (Gambar) Catriona Ross Disuruh Buka Tudung
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!