Pages

Wednesday, February 6, 2013

Shila Amzah Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong

Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.


"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu. Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala. Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.


Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.

"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah. "Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya. mstar

--  Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!