Pages

Sunday, May 26, 2013

Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)

Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, pada Sabtu. Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), tepat jam 3.30 petang Sabtu.


Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.  Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

 Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu.


Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008. Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahkan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar. Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas.

Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan. Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Anwar, Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu. "Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.

Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.

Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain. "Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.

-- Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Selesai Masalah
-- Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!