Plat pendaftaran kenderaan yang baru bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan “W1A”. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 
yang mengumumkan perkara itu pada Khamis berkata, siri baru berkenaan 
akan bermula sebaik sahaja siri “WYY” berakhir.
“Pada masa ini, siri nombor adalah “WYK6xxx” dan terdapat lebih 13 siri sebelum kita mencapai “WYY”. “Kami menjangkakan plat pendaftaran akhir bagi WYY9999 akan diambil 
pada Julai ini,” katanya selepas taklimat oleh para pegawai kanan 
kementerian itu, Khamis.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz 
Kaprawai dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail 
Ahmad. Hishammuddin berkata, siri “W1A” akan berakhir dengan “W9999A”.
Mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Hishammuddin yang 
juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam 
taklimat tetapi beliau belum bersedia untuk mengulas lanjut. “Saya baru sahaja memasuki (kementerian) dan tidak akan menyegerakan kesemuanya. “Terdapat isu-isu lain yang perlu diselesaikan dengan beberapa 
tumpuan, keputusan Kabinet dan perbincangan dengan pihak ketiga,” 
katanya. mstar
-- Nombor WWW Terima 18243 Bidaan
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Calvin Thoo Masuk Islam Lepas Mimpi Bersyahadah
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!