Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi
(ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada
petang Ahad. Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa
balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya
kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS),
Ahad. Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat
di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman
Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi
sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak
Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che
Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973. Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin
meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. mstar
-- Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!