Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus
musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam
Jumaat. Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.
"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak
henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama," kata mereka. Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu 'mash-up' dan persembahan lagu baru.
Bagi pusingan 'mash-up' Manifesto membawakan lagu Biar Putih Tulang
dan Bukan Cinta Biasa, Estranged (Aku Cinta Padamu dan Belaian Jiwa),
Kristal (Awas dan Peronda Jaket Biru), Kyoto Protocol (Tiada Lagi
Kidungmu dan Rindu) dan Oh Chentaku (Tamparan Wanita, Papa Jahat dan
Seindah Biasa). Manakala untuk lagu baru pula Manifesto menyampaikan lagu berjudul
Manifesto, Estranged (Chill, Brader), Kristal (Persoalan), Kyoto
Protocol (Jelita) dan Oh Chentaku (Seri puteh).
Bagaimanapun dua kumpulan iaitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang
berjaya mendapat undia tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan
sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan
juara pada pertandingan malam itu. Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional. Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri,
komposer Loque sebagai juri tetap dan Datuk Hattan sebagai juri
jemputan.
Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.
Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan
mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan
penilaian. Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu. mstar
-- Pahang vs JDT Ditunda Kerana Penonton Hari Ini Dalam Sejarah
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!