Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah begelar suami
kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang
diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang pada Ahad. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan
Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali
kira-kira pukul 2.10 petang.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih,
sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran,
telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang
kemas jenama Habib Jewels.
Sementara itu, pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang
hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance,
coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak
wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih
junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan
RM20,000 sebagai wang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang
jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil
media. Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.
Sebelum ini pasangan yang menyulami cinta selama lapan bulan itu
telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah
di Pasir Gudang, Johor Bahru. Majlis resepsi dijangkakan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Muar Diisytihar Darurat Jerebu Cecah IPU 750 (Gambar)
-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!