Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul
10.30 pagi Selasa di Hospital Universiti Nasional, Singapura akibat
sakit tua dan paru-paru berair. Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz
Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan
kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.
"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan
telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong,
Singapura. "Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.
Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh
anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia namun beliau reda
dengan pemergian itu. "Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa
sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal
dunia.Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.
S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di
Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan. Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang
untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon
menerusi filem Aloha pada tahun 1950.
Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama
apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee
seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.
Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada pukul 10 pagi Rabu (esok). mstar
-- Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!