Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila
dinobatkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada
pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat. Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya
menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai
sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku
Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada di tempat
kedua. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong
apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000,
RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal. Seorang artis jemputan juga turut dijemput untuk membantu mereka
dalam persembahan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA). Antara pelawak yang dijemput untuk membantu peserta adalah Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro, Rahim dan Yassin. Raja Lawak ketujuh dihoskan oleh Johan dan Zizan.
Sementara itu, kumpulan Wala ketika ditemui melahirkan rasa terkejut
dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta hebat-hebat
belaka. "Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun
kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami yang
merantau dari jauh," kata Walawd mewakili Wala.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif.
Keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). mstar
-- Kelantan Juara Piala FA 2013 Piya Pemain Terbaik (Gambar)
-- Achey Juara Bintang Mencari Bintang Raih RM200 Ribu (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!